Syarikat Makanan Kering Sdn. Bhd. merupakan Syarikat yang ditubuhkan pada 08 November 2010 dibawah seliaan En. Suhaidi Bin Sidik. Cawangan pertama Syarikat ini terletak di Harbour Square, Bandar Semulajadi Sandakan. Menyedari bahawa industri makanan kering di Daerah Sandakan sangat meluas menyebabkan beliau menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Konsep perniagaan beliau ialah perniagaan borong runcit iaitu membeli dan menjual secara borong dan runcit.
Syarikat ini juga telah membuat beberapa perancangan strategik bagi memajukan industri makanan kering. Sebagai titik permulaan dengan modal yang kecil, beliau telah memulakan perancangan dengan mendapatkan bahan mentah (makanan kering) sekitar Bandar Semulajadi Sandakan terutama sekali Pasar Umum Sandakan dan penduduk kampung yang mengusahakan makanan kering secara kecil-kecilan. Pemilihan makanan kering yang bersih dan berkualiti adalah perkara penting sebelum melakukan proses yang seterusnya. Proses pembungkusan secara semi-auto.